Monday, 19 December 2011

Managing and Working

Assalamualaikum
BismilLahirRahmanirRahim

biasanya manusia jika dirinya terancam, dia masih mampu kuat berdiri untuk menentang, namun saat orang lain yang menjadi taruhan seperti keluarganya diancam, pasti setiap insan yang punya rasa kasih sayang di hati akan menjadi sedikit ragu dan mulai lemah kerana bimbangkan keselamatan insan2 di sekelilingnya. Di saat itu ia mungkin akan mengalah dan berundur. Tapi ada satu ayat yang macam menarik aku quote dari (english subtitle) cerita "man of honor glory jane" (k-drama) episode 20 or to be more exact part 5/6 or 4/4 (tak hafal la pulak minit ke berapa~),
"If it's because feeling helpless and escape the first time, then when it's second and third time it'll even harder to deal with. If this continues, in the end we'll all become numb in regards to all these inappropriate matters. Compared to being defeated by these critical juncture, being numb is even more sad so don't lower your head don't escape. Even if you're smashed to pieces don't surrender. You should face it bravely. That is something that young people should be doing"  (ni aku petik diect tanpa edit langsung kata2 manager tu)
Yup, dont escape, dont surrender, fight to the end!!

baca sambil layan lagu ni, best jugak~

nak lirik? here (salah eja sikit2 tu maafkan dia la~)
*kebenaran yang tidak teorganisasi akan ditewaskan kemungkaran yang teorganisasi*

Setiap dari kita ada kriteria tertentu yang kita jadikan penilaian terhadap hasil kerja orang lain, namun perlu ingat:
Jika kita mengharap kesempurnaan dari yang memang tidak akan pernah sempurna maka itu adalah satu kebodohan namun kita boleh mengharapkan yang terbaik yang ia mampu lakukan
dan Jika kita mengharapkan yang terbaik berterusan dari manusia yang tidak mungkin mampu kuat secara berkekalan maka itu juga satu kebodohan namun kita boleh mengharapkan ia untuk tidak melemahkan diri
Kenapa bodoh? Kerana kita mengharap pada yang tidak punya kekuatan dan kesempurnaan tersebut.
Kita boleh menagih kepakaran, kekuatan dan lain-lain lagi namun kita perlu sedar setiap sesuatu ada limitnya. Mesin pun, jika diguna berterusan akan panas dan perlu direhatkan. Begitu juga manusia, saat ia semangat maka insyaAllah semua benda dilakukan sebaik dan seoptimum mungkin namun saat lemah maka kita akan lihat tiada semangat yang kuat dan prestasi menurun. Pada manusia sebegini perlu sama2 memotivasikannya setelah mengetahui permasalahannya.
Justeru kebergantungan yang hakiki dan sebenar hanyalah pada Allah


Tak dinafikan kita perlu pandang dari dua sisi berbeza antara orang di bidang pengurusan dan di bidang pelaksanaan. Pengurusan dan pelaksanaan adalah dua kriteria berbeza, sebaik manapun pengurusan namun jika pelaksanaan teruk maka pengurusan tetap akan kelihatan buruk. Namun jika pengurusan dah buruk, sebaik manapun pelaksanaan maka tetap akan timbul masalah kerana awalnya lagi sudah bermasalah. Berdasarkan kefahaman konsep pengurusan dan pelaksanaan ini, kita akan nampak bahawa sebaik mana pun satu pihak namun jika pihak lain yang kita berurusan dengannya buat masalah, maka akan tetap menimbulkan masalah yang tak terjangka. Dan sebagus manapun usaha kita jalankan namun jika permulaannya pun dah bermasalah, maka usaha pasti juga akan timbul masalah. Ya aku ada cakap tiada yang sempurna, namun prinsip modal insan yang penting salah satunya adalah bekerja bersungguh dan mengusahakan yang terbaik. Bagaimana akan dapat hasil yang bagus jika usaha pun tidak seberapa, tidak bersungguh-sungguh, tidak sebaik dan semampun mungkin!! Ya memang manusia tetap manusia, punya kelemahan, keterbatasan dan semangat yang naik turun namun itu bukan alasan untuk kita terus menerus tunduk pada kelemahan. Jika sekali sekala tidak mengapalah tapi jika berterusan? Bukan setakat kita yang bermasalah bahkan orang lain turut terpalit sama. Maka tidak hairanlah jika akhirnya kita tidak lagi mendapat kepercayaan orang. Bagaimana untuk mendapat keupayaan maksimum? Perlulah memahami kenapa kita bekeja, apa skop tugas kita, apa prinsip kita, apa misi dan visi kita, apa matlamat hidup kita, bagaimana kita dapat fokus dan hendaklah meletakkan keikhlasan (ikhlas menemukan titik bekerja sesuai syariat, di bidang yang berlandaskan syariat, bermatlamat yang tidak melanggar syariat demi mencapai keredhaan Ilahi) di tangga pertama.

Namun dari pihak pengurusan dan atasan, janganlah hanya nampak kesilapan dan kelemahan serta perubahan gerak kerja yang negatif tanpa meneliti punca kerana keberkesanan sesebuah organisasi dipicu juga oleh sikap kerjasama dan saling memahami serta toleransi yang baik antara satu pihak dengan pihak yang lain. Bagaimana akan wujud persefahaman dan pembaikan jika atasan hanya tahu menyalahkan tanpa mengetahui dan cuba mencari punca kesilapan. Siapa tahu pekerjanya menghadapi masalah hingga mengganggu fokusnya atau dia sebenarnya memang sudah tidak lagi berminat untuk bekerja sebagai apa yang dia jadi saat itu. Segalanya perlu dicari tahu puncanya dan dicari penyelesaian terbaik. Kadangkala ada manusia yang tidak mahu atau segan atau memang ego sehingga masalahnya disimpan sendiri hingga ia menjadi barah buat diri dan secara tidak langsung terhadap organisasi. Insan2 sebegini perlu didekati berbeza dengan yang lain. Mungkin melalui teman rapat atau keluarga atau sesiapa yang mungkin mengetahui punca masalah atau punca penurunan prestasi kerjanya dan dari satu kita usahakan penyelesaian bersama.

P/s: sekularisasi (meletakkan agama hanya pada ritual dan tempat tertentu) mencorakkan manusia yang ada pada hari ini!! Bila kehidupan dipisahkan dari agama maka wujudlah manusia bertudung di masjid free hair di luar, berjilbab ketika solat, membukanya ketika di pesta, menolak arak ketika di tanah air, meneguknya ketika di luar negara, menegur kemungkaran namun pada sama mempromosikannya dan pelbagai lagi!!

P/ss: Perspektif mengenai Islam hanya akan betul jika kefahaman di setiap bidang diintegrasikan dan diselaraskan seterusnya dipandang secara jujur. Jika ilmu2 yang luas tidak dikembalikan kepada pemiliknya yaitu Allah maka kita tidak akan nampak keindahan dan kemuliaan ilmu. Justeru itu manfaat ilmu hanya akan dapat dirasai oleh orang2 yang nampak Yang Maha Mengetahui di sebalik pengetahuan yang ia dapat hingga ia tesungkur sujud tunduk kepada kebesaran-Nya!! Allahu Akbar!!

Salah silap saya sila betulkan
WalLahu a'lam