Sunday, 28 November 2010

berbeza pendapat

bismilLahirRahmanirRahim..


mengenai pembangkang di negara2 Islam? boleh lihat di sini-islamika dot tripod


apakah adab2 dalam brbeza pendapat? sila baca buku Fiqh Perbedaan Pendapat Antar Sesama Muslim karangan Yusuf al-Qardhawi


aku risau tengok makin lama makin banyak percanggahan pendapat yang berlaku tidak diulas secara adil oleh orang2 yang faham agama. Kenapa aku cakap begini? sebab pertelingkahan di kalangan para ustaz akhirnya memeningkan orang awam macam aku!!


Ditambah, cabang ilmu Islam itu luas, kalau menurut aku yang serba kurang ini, jika persoalan politik, maka penjelasan rincinya serahkanlah kepada yang belajar politik, jika persoalan terkait aqidah maka serahkan kepada pakarnya, persoalan perundangan, serahkan kepada pakarnya, soal ekonomi kepada pakar ekonomi. Namun pada masa sama, setiap mereka itu perlulah ada basic fiqh terkait bidang mereka dan jaga adab dalam berpendapat dan berbeza pendapat. Dibimbangi kerana terlalu inginkan kebenaran ditegakkan, dilupakan perbezaan pandangan yang mana boleh mengakibatkan kekacauan lebih besar.


Bagi aku, dalam situasi politik semasa, sebuah badan khusus sebagai penganalisa politik dan pendapat2 politician hendaklah ditubuhkan. Mereka2 ini harus terdiri dari kalangan yang diyakini adil dan tidak berpihak atau mempunyai kepentingan terhadap mana2 parti, baik terhadap UMNO, komponen2 BN, PAS, komponen2 PR, parti2 lain, dan bebas. Sebagaimana pada zaman Nabi ada badan syura khusus dalam pelantikan khalifah, kita kini walau telah ikut jejak demokrasi, satu badan yang diyakini kedua pihak sejak awal dapat berlaku adil dan berjanji tidak akan condemn pihak syura jika berlaku percanggahan antara badan syura dan parti politik. Ini penting bagi memastikan keharmoian berpolitik di Malaysia yang saban hari makin banyak soal hukum hakam dan perundangan, aqidah, dan syariat "seolah" dipermudahkan demi mencapai matlamat politik. (sebab risau pendapat2 itu cuma sebagai topeng, matlamat politik lebih diutamakan..)


Pada saat sama, dalam parti2 yang dikatakan ada teras Islam padanya, perlulah diwujudkan badan khas (seperti panel syariah) yang akan menganalisis setiap perancangan dan tindakan parti, adakah selari dengan syariat atau tidak, dan hal ini termasuklah dalam hal maki dan caci, adab bergaul, ikhtilat dll kerana Islam adalah agama yang syumul, kamil dan mutakammil, segala yang halus dan besar terangkum dalam syariat Islam. Sekiranya masih berlaku percanggahan dengan badan syura tadi, maka berkumpul dan bermesyuaratlah secara baik. Perpaduan parti2 yang dikatakan meletakkan Islam sebagai teras selagi mana tidak dapat dicapai maka ini adalah jalan keluar menurutku. Ingat, sesebuah negara, selagi mana jemaah Islam tidak memerintah berdasarkan ajaran Islam, maka menjadi kewajipan untuk kita sama2 menasihati. Dan jika bukan jemaah berteraskan Islam yang memerintah maka wajib bagi kita untuk sama2 bergabung tenaga memenangkan jemaah Islam.!!


Cuma perlulah ditetapkan satu standard khusus agar tiada percanggahan antara puak salaf, khalaf, wahhabi dan sebagainya (jika individu2 yang membentuk panel atau badan syura terdiri dari pelbagai fahaman; yang keluar dari fahaman ASWJ dan tidak mengutamakan mazhab syafi'ie harap tidak dimasukkan bagi mengelakkan percanggahan lebih besar!!). Dan jika ada percanggahan pun, sebagai tokoh agama mereka haruslah tahu adab2 berbeza pendapat dan tahu bagaimana hendak buat kesimpulan. Ingat, syura antara sahabat dalam memilih pengganti rasululLAh pun awalnya berlaku percanggahan pendapat sebelum semua akhirnya setuju untuk membaiah saidina Abu Bakar.


Akhirul kalam, aku mengharap politik di Malaysia tidak menjadi punca kepada marah Allah kepada kita rakyat Malaysia dan pemimpin2. Dan belajarlah dari sejarah Islam baik di zaman Nabi, Khulafa' ar-Rasyidin mahupun 3 dinasti, bagaimana kerajaan Islam dapat dibentuk dengan begitu kukuh. Pada aku, amat perlu pembelajaran sejarah Islam peringkat SPM diperdalam pengajarannya, dan para pemimpin hendaklah dididik dengan ajaran dan nilai Islam sebenar bagi mengelakkan keluar statements tak patut yang sebenarnya bertentangan dengan Islam namun kerana kejahilan hal itu berlalu begitu sahaja. Saat Islam gemilang, para ulama' mendapat tempat istimewa di sisi pemimpin2 Islam kerana fungsi mereka. Ingat, para ulama' adalah pewaris para Nabi namun pada saat sama perlu diingat, ulama terbagi kepada dua yaitu ulama dunia dan ulama akhirat (yang ikhlas kerana Allah), dan tidak dapat dipastikan golongan mana mereka itu jika tidak diketahui hati2 mereka itu bagaimana, cuma dapat diandaikan berdasarkan kata2 dan tindakan mereka.


p/s: pembinaan tamadun hebat,bagaimana? individu mukmin sejati ;keluarga baitul muslim; ;masyarakat Islami lagi madanit; negara yang baik lagi dirahmati; sistem pemerintahan Islam


salah silap sila betulkan kerana aku tulis hanya berdasarkan pendapat aku yang cetek ilmu ini..

walLahu a'lam

0 comments: