melihat semula ke belakang, ke tahun2 sebelum ini
terfikir, apa aku dah buat?
apa sumbangan buat agama bahkan buat diri sendiri?
menyesal? ada sedikit, eh tak, banyak..
kesimpulan?
tiada istilah terlambat bagi orang Islam selagi masih bernyawa perjuangan diteruskan
walau dengan cara berbeza
lihat ke belakang
tak terasa tahun ini usia 22 tahun
sudah 22 usia
1411-1433
masih berapa tahun berbaki agak2?
masih setakat mana timbangan agak2?
tiada siapa mampu jawab
tapi agak2 cukupkah kebaikan buat menampung dosa yang menimbun?
lepas atau tak?
usia 22
seharusnya pada pemikiran dan cara hidup lebih matang berbanding usia sebelumnya
bagaimana?
aku pun tak tahu
masih tak terasa sebarang perubahan
tapi hati setiap hari mendesak nginkan perubahan
cuma fizikal dan jasad luaran belum mula gerak
jiwa tua mahukan perubahan
jasad muda mahu bersenang lenang
di mana jihad?
jangan disiakan tenaga muda selagi mampu buatlah jasa
deen ini tidak memerlukan tenaga rehat
tapi memerlukan tenaga kerja para pejuang yang dahagakan syurga
yang rindu bertemu Khaliq!!
mohonlah kepada-Nya direzqikan kekuatan untuk berjuang!!
jangan dipisahkan usaha dan mujahadah keras yang istiqamah disertai doa tulus berpanjangan
juga tawakkal menyerahkan sepenuhnya urusan kepada yang Haq agar dipelihara diri dan urusan
juga tawakkal menyerahkan sepenuhnya urusan kepada yang Haq agar dipelihara diri dan urusan
moga hati, akal, jasad dan roh bersama bekerja buat Islam =)
p/s: jiwa kosong isi dengan kebaikan, jangan dibiar terkotori oleh kotornya dunia dan nafsu serta dosa